samurai bond | bon samurai | Pentadbiran | Tiada | Terbitan bon di Jepun oleh peminjam yang bukan warga negara Jepun. |
ideal type bureaucracy | bidang kuasa pentadbiran | Pentadbiran | Tiada | Dasar atau peraturan yang menyentuh hal ehwal penyeberangan sempadan negara yang melibatkan warganegara mahupun bukan warganegara. Dasar ini berkisar persoalan pengeluaran passport, kemasukan orang luar ke dalam negara, menangani masalah pendatang haram, penerimaan pekerja asing dan pengeluaran permit kerja, pengiktirafan suaka politik dan pelarian serta status penduduk tetap dan kewarganegaraan. Dasar yang banyak melibatkan undang-undang ini boleh jadi berbeza antara satu negara dengan yang lain. Dasar yang tertutup atau ketat menyukarkan penerimaan kemasukan warga asing ke dalam negara sama ada sebagai pelarian, pekerja mahupun pemohon penduduk tetap atau kewarganegaraan. Negara ini mungkin memerlukan visa dan pelawat perlu melalui pemeriksaan yang rapi sebelum dibenar masuk. Bagaimanapun bagi dasar imigresen yang longgar atau terbuka ia akan bersifat fleksibel dan boleh menerima pelarian, suaka politik, permohonan penduduk tetap atau warga negara dengan kadar yang lebih segera dan ringkas. Contoh dasar imi |
deportation | penghantaran pulang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara menghantar pulang warga asing ke negara asalnya. Tindakan ini biasanya dilakukan terhadap warga asing tersebut yang telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, dalam undangundang antarabangsa tidak ada sebarang alasan yang perlu diberikan bagi tindakan pengusiran ini. Contohnya, di United Kingdom, peraturan mengenai warga asing pada tahun 1953 memberi kuasa kepada Setiausaha Dalam Negeri untuk mengusir pihak asing keluar dari United Kingdom. Tindakan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh sesebuah negara. |
welfare state | negara kebajikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mengamalkan satu sistem kebajikan untuk semua rakyat. Konsep penting dalam negara ini ialah kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan rakyat negaranya hidup dalam keadaan yang selesa. Negara kebajikan ini memberi pelbagai jenis kemudahan seperti pendidikan dan perkhidmatan hospital yang percuma. Di samping itu, negara ini turut memberi pelbagai bentuk konsesi lain seperti elaun kepada penganggur, cuti bersalin yang panjang, elaun untuk warga emas, layanan istimewa untuk orang cacat dan potongan rendah untuk bayaran pengangkutan dan sewa rumah perbadanan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membiaya semua kos perkhidmatan ini, negara kebajikan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi serta mengenakan cukai lain kepada sektor perniagaan. Sektor swasta pula perlu melaksanakan dasar kebajikan seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam. Contoh negara kebajikan yang masih aktif ialah Great Britain, Netherland, S |
Act of State | Tindakan Negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang diambil oleh pemerintah bagi melindungi kepentingan negara dan warganya secara keseluruhan seperti kedaulatan, pembangunan ekonomi, keselamatan, hak rakyat dan sebagainya. Tindakan negara lazimnya diisytihar oleh ketua kerajaan atau ketua negara. Contohnya, pengisytiharan Presiden Bush untuk menyerang Iraq pada tahun 2003 bagi mempertahankan ancaman keganasan terhadap warga Amerika Syarikat merupakan satu bentuk Tindakan Negara. Begitu juga pengumuman yang dibuat oleh Presiden Saddam Hussein untuk mempertahankan negara Iraq daripada serangan Amerika Syarikat. |
acropolis | akropolis | Kesenian | Seni Bina | Negara kota atau pusat pemerintahan pada zaman Yunani purba. Negara kota ini biasanya dibina di atas bukit dan mengandungi bangunan-bangunan penting seperti istana, kubu pertahanan, kuil berhala dan tempat perlindungan bagi warga kota. Akropolis dibina semasa kegemilangan era Mycenaea pada sekitar tahun 1400-1200 sebelum masihi. Contohnya, akropolis yang terdapat di Athens, Greek. |
black arts movement | gerakan seni kulit hitam | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan seni warga Amerika berkulit hjitam yang menentang hebat konsep seni yang mengasingkan seniman daripada komunitinya. Gerakan ini berkait rapat dengan konsep Black Power. Oleh yang demikian, gerakan seni kulit hitam membayangkan sejenis seni yang ketara yang menyentuh hasrat dan hak warga Amerika berkulit hitam. Untuk memenuhi wawasan ini, ahli gerakan seni kulit hitam mencadangkan penyusunan semula gerakan secara radikal terhadap estetika dan budaya Barat. Gerakan ini juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, kritikan dan ikonologi yang tersendiri. Dalam usaha mengembangkan Black Aesthetics, seniman berkulit hitam merujuk kepada tradisi budaya Afro-Amerika dan mana-mana budaya yang sesuai dari negara Dunia Ketiga. |
organisational culture | budaya organisasi | Pengurusan | Perancangan | Suatu himpunan nilai teras, tradisi dan kepercayaan yang dikongsi bersama oleh warga sesebuah organisasi, yang mempengaruhi tatacara kerja dan gelagat organisasi. Budaya ini terhasil daripada faktor-faktor tertentu seperti gaya kepimpinan organisasi, penggunaan teknologi, jenis operasi organisasi dan latar belakang bangsa negara. Budaya organisasi yang mendukung nilai-nilai inovasi, kreativiti, kualiti, etika kerja dan semangat kerja berpasukan mampu menyumbang kepada kekuatan, kestabilan dan imej sesebuah organisasi. Contohnya, budaya organisasi di negara Jepun yang menitikberatkan disiplin, kualiti dan teknologi tinggi. Sinonim budaya korporat. |
abetment | sekongkol | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan atau perbuatan individu, kelompok atau sesebuah organisasi membantu seseorang atau kelompok tertentu dalam persaingan kuasa politik di sesebuah negara. Tindakan ini bertujuan mencapai sesuatu matlamat bagi pihak yang memberi dan yang menerima bantuan itu. Contohnya, tindakan syarikat gergasi permotoran Amerika Syarikat iaitu Ford Motor bersekongkol dengan calon presiden republik Panama pada tahun 1952. Tindakan Syarikat Ford ini, telah berjaya membantu calon tersebut memenangi perebutan jawatan Presiden Panama. Sebagai balasannya, Syarikat Ford telah diberi hak pemilikan tanah perindustrian. Ini bertentangan dengan perlembagaan dan dasar sebelum tahun 1952 yang tidak membenarkan pemilikan tanah kepada warga asing. Sinonim persubahatan. |
omission | peninggalan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kelalaian atau kegagalan sesebuah entiti untuk melakukan sesuatu tindakan yang berada di bawah tanggungjawab atau pengawasannya. Peninggalan boleh berlaku dengan disertai oleh niat atau tanpa niat tertentu. Dalam konteks undangundang antarabangsa, peninggalan yang dilakukan oleh badan eksekutif, badan perundangan atau badan kehakiman akan dianggap sebagai keputusan negara berkenaan. Tindakan meninggalkan sesuatu obligasi antarabangsa boleh dianggap sebagai tindakan yang menyalahi peraturan antarabangsa, dan melibatkan tanggungjawab antarabangsa. Contoh peninggalan ialah kegagalan pihak polis untuk menyiasat kejadian serangan yang dilakukan terhadap warga asing, walaupun tugasan menyiasat tersebut sebenarnya berada di bawah pengawasan mereka. |