Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[wa.yar.lés] | وايرليس

Definisi : (wayarlés)1. tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang elektromagnet di udara (utk menghantar berita); 2. alat yg digunakan utk menghantar atau menerima berita dll tanpa melalui kawat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.yar.lés] | وايرليس

Definisi : /wayarlés/ alat utk menghantar atau utk menerima berita dll melalui gelombang udara (tidak melalui kawat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wayarles

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wireless application protocol (WAP)protokol aplikasi wayarles (WAP)Teknologi MaklumatPerisianProtokol piawaian antarabangsa terbuka bagi lapisan aplikasi komunikasi rangkaian yang digunakan dalam persekitaran komunikasi wayarles. Kegunaan utama protokol ini adalah untuk membolehkan capaian pada web bergerak daripada telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA). Walaupun pelayar WAP menyediakan kesemua perkhidmatan asas bagi pelayar web berasaskan komputer, tetapi disebabkan kekangan saiz skrin paparan telefon bimbit yang kecil, perkhidmatan tersebut disediakan dalam bentuk yang lebih mudah. Laman web dalam protokol WAP ditulis dalam bentuk bahasa tandaan wayarles (WML) dan dicapai melalui pelayar WAP. Contoh perkhidmatan WAP ialah e-mel, muat turun muzik dan melayar laman web.
wireless LANLAN wayarlesTeknologi MaklumatTiadaSuatu rangkaian kawasan setempat yang menghantar isyarat gelombang elektromagnet melalui udara (tanpa menggunakan kabel) dengan menggunakan jalur frekuensi pembawa 2.4GHz atau 5GHz. Stesen tapak wayarles yang bertindak sebagai titik capaian internet disambung ke rangkaian Ethernet dengan menggunakan kabel. Titik capaian ini boleh menghantar isyarat frekuensi radio ke dalam kawasan yang jaraknya beberapa meter walaupun terdapat dinding dan lain-lain halangan bukan logam. Piawai LAN wayarles yang popular sekarang ialah IEEE 802.11 yang dikenali sebagai Wi-Fi. Contoh lain seperti Bluetooth dan irDA (infra merah).

LAWN (local area wireless network)LAWN (rangkaian wayarles kawasan setempat)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi rangkaian wayarles setempat yang menggunakan pemancar dan penerima gelombang radio.
Wireless Application ProtocolProtokol Aplikasi WayarlesTeknologi MaklumatTiadaProtokol yang bebas pembawa berorientasikan urus niaga untuk rangkaian data wayarles.
WAP (wireless application protocol)WAP (protokol aplikasi wayarles)Teknologi MaklumatTiadaProtokol yang bebas pembawa berorientasikan urus niaga untuk rangkaian data wayarles.
MMDS (multichannel multipoint distribution service/microwave multipoint distribution service)MMDS (perkhidmatan pengagihan multititik multisaluran/perkhidmatan pengagihan multititik mikrogelombang)Teknologi MaklumatTiadaSistem penghantaran wayarles digital yang bekerja dalam julat 2.2-2.4 gigahertz(GHz). Ia juga semakin dikenali sebagai kabel wayarles. Ia memerlukan garis pandang antara penghantar dengan penerima yang boleh berada 30 batu atau lebih jaraknya.
Wi-FiWi-FiTeknologi MaklumatPerisianTanda dagang bagi perikatan Wi-Fi untuk produk yang diperakui berdasarkan piawaian IEEE 802.11. Pensijilan ini membenarkan saling kendalian antara beberapa peranti wayarles yang berlainan. Wi-Fi secara umum dikenali sebagai wayarles LAN (WLAN), tetapi tidak semua produk WLAN mempunyai persijilan Wi-Fi kerana pensijilan perlu dibayar bagi setiap jenis peranti yang akan diperakui. Wi-Fi disokong oleh kebanyakan sistem pengendali, konsol permainan, komputer riba, telefon bimbit, pencetak dan persisian yang lain.
wirelesswayarles; tanpa dawaiFizikTiadaTiada
wirelesswayarles; tanpa dawaiKomunikasiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas