Wi-Fi | Wi-Fi | Teknologi Maklumat | Perisian | Tanda dagang bagi perikatan Wi-Fi untuk produk yang diperakui berdasarkan piawaian IEEE 802.11. Pensijilan ini membenarkan saling kendalian antara beberapa peranti wayarles yang berlainan. Wi-Fi secara umum dikenali sebagai wayarles LAN (WLAN), tetapi tidak semua produk WLAN mempunyai persijilan Wi-Fi kerana pensijilan perlu dibayar bagi setiap jenis peranti yang akan diperakui. Wi-Fi disokong oleh kebanyakan sistem pengendali, konsol permainan, komputer riba, telefon bimbit, pencetak dan persisian yang lain. |
wired equivalent privacy (WEP) | kerahsiaan kesetaraan berwayar (WEP) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol keselamatan untuk peranti perhubungan tanpa wayar yang ditetapkan dalam piawaian Wi-Fi IEEE 802.1lb. Protokol ini direka bentuk untuk memberikan keupayaan keselamatan dan penyulitan paket rangkaian yang setara dengan keupayaan keselamatan dan penyulitan paket rangkaian yang setara dengan keupayaan keselamatan rangkaian berwarna biasa. Protokol ini menggunakan kekunci rahsia daripada 40 �bit hingga 128 �bit untuk menyulitkan paket data semasa penghantaran. |
characteristic accentric factor | faktor asentrik cirian | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Faktor bagi campuran perduaan i dan j yang ditentukan daripada faktor asentrik komponen tulen perduaan yang dijelaskan sebagai wij = (wi + wj)/2, (rujuk m/s 44) dengan w = faktor asentrik, subskrip i = komponen i, subskrip J = komponen j. |
harmonic motion | gerakan harmonik | Fizik | Mekanik | Gerakan yang berupa hasil tambah beberapa gerakan yang setiap satunya bergerak dengan halaju sudut yang tetap iaitu jika x(t) kedudukan sesuatu gerakan pada masa t, maka x(t) = (ai dan di pemalar nyata; wi = pemalar halaju sudut, dan n = bilangan komponen gerakan) atau x(t) = (bi = pemalar nyata) atau x(t) = (Cj = pemalar kompleks; i = lih. gerakan harmonik mudah |
atmospheric shell | petala atmosfera | Sains | Hidrometeorologi | Salah satu daripada beberapa strata atau lapisan atmosfera bumi. Taburan suhu merupakan satu kriteria yang paling kerap digunakan untuk melambangkan berbagai-bagai petala. Troposfera (wilayah perubahan) adalah bahagian terbawah atmosfera, 10 � 20 km tebal, yang dicirikan oleh pengurangan suhu mengikut ketinggian.Istilah stratosfera digunakan untuk melambangkan wi- layah nisbi isoterma yang betul-betul atas dari tropopaus, dan petala yang menganjur ke atas dari tropopaus ke aras suhu minimum pada 70 � 80 km; mesosfera merupakan petala di antara kira-kira 20 dan 70 atau 80 km yang mempunyai suhu maksimum luas pada kira-kira 40 � 50 km; dan termosfera ialah petala atas dari mesosfera dan mempunyai suhu yang meningkat mantap mengikut ketinggian. Taburan berbagai-bagai proses fiziokimia merupakan satu lagi kriteria. Ozonosfera yang terletak di antara 10 � 50 km ialah kawasan umum atmosfera atas yang dalamnya terdapat ketumpatan ozon yang nyata dan ozon itu memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan si |
wireless LAN | LAN wayarles | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu rangkaian kawasan setempat yang menghantar isyarat gelombang elektromagnet melalui udara (tanpa menggunakan kabel) dengan menggunakan jalur frekuensi pembawa 2.4GHz atau 5GHz. Stesen tapak wayarles yang bertindak sebagai titik capaian internet disambung ke rangkaian Ethernet dengan menggunakan kabel. Titik capaian ini boleh menghantar isyarat frekuensi radio ke dalam kawasan yang jaraknya beberapa meter walaupun terdapat dinding dan lain-lain halangan bukan logam. Piawai LAN wayarles yang popular sekarang ialah IEEE 802.11 yang dikenali sebagai Wi-Fi. Contoh lain seperti Bluetooth dan irDA (infra merah). |