wok | kuali/wok | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
dikir barat | dikir barat | Muzik | Tiada | Nyanyian berpantun dengan gaya bersahut-sahutan antara penyanyi solo pertama yang dikenali sebagai juara atau tok juara dengan korus yang dikenali sebagai awok-a wok. Dikir barat merupakan sejenis hiburan sekular rakyat Melayu Kclantan semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Tok Juara memulakan sesuatu lagu dengan nyanyian solo tanpa iringan. Manakala penyanyi solo kedua pula bertindak sebagai tukang karut. Tukang karut ini akan mengarang pantun secara spontan. Teksnya berkaitan dengan kehidupan seharian, mesej politik atau pembangunan negara. Dikir barat diiringi ensembel yang terdiri daripada rebana ibu dan anak, tetawak, canang dan marakas. |
makyung | makyung | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam per |