odd function | fungsi ganjil | Matematik | Tiada | Fungsi yang mempunyai sifat f(-x) = -f(x), contohnya f(x)=x dan g(x) = sin x. |
factorial | faktorial | Matematik | Tiada | Hasil darab 1, 2, 3, ... hingga suatu nombor tertentu. Misalnya, faktorial 9, yang ditulis 9! bersamaan dengan 1 x 2 x 3 x 4 x 5 x 6 x 7 x 8 x 9. 0! ditakrifkan sebagai 1. |
polynomial | polinomial | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi Pn (x) yang bertertib n bagi anggaran fungsi �(x) dengan ralat E(x), yang diungkapkan sebagai �(x) ~ Pn (x) + E(x) Polinomial Pn (x) digunakan untuk menganggarkan sesuatu fungsi kerana pembezaan dan pengamiran sebarang polinomial adalah mudah dan penyelesaiannya juga dalam bentuk polinomial. Dengan ini, polinomial digunakan untuk menganggarkan fungsi lain yang diketahui atau diandaikan sebagai satu fungsi yang berterusan. |
Chebyshev polynomial | polinomial Chebyshev | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Polinomial khusus yang bertertib n, yang dianggarkan sebagai Pn (x) = 2x Pn-1(x) � Pn-2 (x), dengan n = 0, 1, 2, ..., Pn = polinomial Chebyshev tertib n. Contoh polinomial Chebyshev bertertib 0 hingga 3 ialah P0 (x) = 1 P1 (x) = x P2 (x) = 2x2 � 1 P3 (x) = 4x3 � 3x. |
X-ray sources | punca sinaran-X | Matematik | Tiada | Punca sinaran-X berkilau yang terletak jauh di luar sistem suria, khususnya di bintang dedua sinar-X, Cygnus X-1, Cygnus X-3, Centaurus X-3 dan Hercules X-1. |
Laguerre polynomial | polinomial Laguerre | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Polinomial khusus yang bertertib n, yang dianggarkan sebagai Pn (x) = (2n � x � 1) Pn-1 (x) � (n�1)2 Pn-2 (x), dengan n = 0, 1, 2, ..., Pn = polinomial Laguerre tertib n. Contoh polinomial Laguerre bertertib 0 hingga 3 ialah P0 (x) = 1 P1 (x) = � x + 1 P2 (x) = x2 � 4x + 2 P3 (x) = � x3 + 9x2 � 18x + 16. |
cotangent | kotangen | Kejuruteraan | Tiada | Rangkap trigonometri yang merupakan hasil bahagi kosinus dengan sinus, kot x = x / sin x. |
triple cross product | hasil darab silang tigaan | Mekanik | Gunaan | Vektor V yang diperoleh apabila tiga vektor A, B dan C didarabkan dalam bentuk V = (A x B) x C. Ungkapan ini boleh juga ditulis sebagai V = - C x (A x B) = C x (B x A). Hubungan berikut boleh dibuktikan sebagai mewakili hasil darab tersebut, iaitu (A x B) x C = C.AB – C.BA dan A x (B x C) = A.CB – A.BC. Hasil darab ini juga dinamai hasil darab vektor tigaan. |
X-ray pulsators (X-ray pulsar) | penyedut sinar-X (pulsar sinar-X) | Matematik | Tiada | Bintang dedua berubah sekata yang mempunyai kala beberapa saat dalam kes pendenyut perlahan beberapa minit. Contoh bintang jenis ini ialah Centaurus X-3, Cygnus X-3 dan Hercules X-1. |
absolute error | ralat mutlak | Matematik | Tiada | Ralat berupa perbezaan antara nilai sebenar, x, dengan nilai yang diperolehi, x-, dan ditandai /x- - x/. |