xylene | xilena | Kimia | Tiada | Sebatian organik, formula C6H4(CH3)2, berbentuk cecair, tidak berwarna, dan terdiri daripada campuran tiga isomer, iaitu orto-, meta-, dan para-. Takat beku bagi orto-xilena ialah 47.4°C; dan bagi para-xilena ialah 13.2°C; dan bagi para-xilena ialah 138.5°C. Xilena larut di dalam alkohol dan eter tetapi tidak larut di dalam air. Sebatian ini diterbitkan daripada benzena dan mengandungi dua kumpulan metil. Xilena digunakan sebagai pelarut, bahan api pesawat terbang, dan bahan perantara dalam penyediaan sebatian organik lain. sin. dimetilbenzena. |
blending octane number | nombor oktana adunan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor oktana bahan api jika sebatian seperti toluena dan xilena dicampurkan untuk membaiki sifat ketuk. Toleuna dan xilena ialah sebatian yang berkesan sebagai antiketuk bagi bahan api parafin dan bahan api fosil serta diberikan nombor oktana yang tinggi. Benzena pula kurang berkesan sebagai antiketuk dan diberikan nombor oktana yang rendah. |
xylene | xilena | Kimia | Forensik | Hidrokarbon aromatik dengan formula kimia, C8H102 , nama dagang, Cerulisina. Cecair tanpa warna yang mudah terbakar, takat didih 140�C, tak larut dalam air, larut dalam etanol, eter dan pelarut organik lain. Bahan ini digunakan sebagai pelarut. Cecair ini toksik secara penyuntikan atau penyedutan. Kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan narkosis. Dos toksik ialah 0.5 g/kg - 1 g/kg. Sediaan komersial ialah campuran isomer orto, meta dan para:-Sinonim xilol. |
xylene | xilena | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Bahan kimia yang digunakan untuk melarutkan lilin parafin bagi mengekstrak asid nukleik daripada tisu biopsi yang disimpan dalam lilin parafin tersebut. |
dimethylbeenzena) | dimetilbenzena | Kimia | Tiada | Lihat xilena |
xylol | xilol | Kimia | Forensik | Lihat xilena. |
chloroarsine diphenylamine | difenilamina kloroarsina | Kimia | Forensik | Formula kimia, C12H9NCIAs.Hablur kuning, memejalwap dengan mudah, takat lebur 195�C, larut dalam benzena, xilena, dan karbon tetraklorida, tetapi tak larut dalam air. Bahan ini toksik secara penyedutan dan pengingesan, dan merupakan perengsa yang kuat. Hablur ini digunakan sebagai gas racun ketenteraan dan dalam rawatan kayu. |
benzene chronic poisoning | keracunan kronik benzena | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan, mau pendedahan kepada benzena atau terbitannya, misalnya toluena atau xilena. Gejala keracunan tennasuk loya, sakit kepala, pening, hilang selera makan, mengantuk, gementar, pucat dan tiada koordinasi. Dalam kes teruk, kegagalan pernafasan atau nadi jantung yang sangat cepat keracunan kuinidina keracunan kuinina mungkin menyebabkan kematian. Pendedahan jangka panjang mungkin menyebabkan pengurangan sumsum tulang yang mengakibatkan anemia aplastik atau satu bentuk leukemia. |
hazardous solvent | pelarut berbahaya | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan yang memudaratkan dan boleh melarutkan bahan lain. Contohnya, alkohol, benzena, toluena, xilena, kerosin dan terpentin. |
phenylcyclohexane | fenilsikloheksana | Geologi | Tiada | Cecair berminyak yang tidak berwarna, mempunyai takat didih 237.5oC, larut di dalam alkohol, benzena, minyak jarak, karbon tetraklorida, xilena dan heksana;C12H16. |