yolk | yolka | Veterinar | Tiada | Makanan yang tersimpan di dalam telur untuk kegunaan embrio. Bagi telur yang tersenyawa, embrio terletak di permukaan yolka. Bahan ini merupakan 30% daripada keseluruhan berat telur yang mengandungi 48% air, 17.5% protein, 32.5% lemak dan 2% abu. Telur haiwan oviparus seperti burung mengandungi yolka yang lebih besar berbanding haiwan lain. |
yolk epithelium | epitelium yolka | Biologi | Histologi dan Sitologi | Epitelium yang mengelilingi pundi yolka. |
yolk sac | kantung yolka | Perikanan | Tiada | Pundi bermembran yang melekat pada embrio, mengandungi yolka merentasi usus melalui duktus vitelin dan berfungsi sebgai makanan untuk embrio yang sedang berkembang. |
yolk sac | kantung yolka | Sosiologi | Tiada | Pundi bermembran yang melekat pada embrio, mengandungi yolka merentasi usus melalui duktus vitelin dan berfungsi sebgai makanan untuk embrio yang sedang berkembang. |
yolk sac | kantung yolka | Veterinar | Tiada | Pundi bermembran yang melekat pada embrio, mengandungi yolka merentasi usus melalui duktus vitelin dan berfungsi sebgai makanan untuk embrio yang sedang berkembang. |
yolk sac | kantung yolka | Veterinar | Praklinikal | 1. Struktur membran yang menutupi kuning telur. Kantung yolka ini melindungi embrio yang berkembang. 2. Salah satu daripada membran ekstraembrio. Struktur ini berfungsi dalam pembentuk sel darah dan sebagai sistem edaran darah embrio mamalia sebelum jantungnya berfungsi. |
yolk nucleus | nukleus yolka | Biologi | Histologi dan Sitologi | Jasad vitelin di dalam sitoplasma oosit, sebelum pembentukan yolka platelet berlaku. |
chalaziferous layer | lapisan kalaza | Veterinar | Praklinikal | Satu salutan nipis albumen tumpat di sekeliling yolka. Lapisan kalaza mengandungi bahagian kalaza berpintal yang mengampai yolka di tengah telur supaya dapat berputar untuk memastikan cakera germina kekal di sebelah atas. |
ovum | ovum | Perubatan | Tiada | Sel telur yang belum tersenyawa yang dihasilkan di dalam ovari. Sel ini terdiri daripada protoplasma yang mengandungi sejumlah yolka yang diselubungi oleh dinding tipis yang disebut membran vitelin. Di dalam yolka ini terdapat satu nukleus besar yang disebut vesikel germinal dengan nukleolus yang disebut titik germa. Sel yang berbentuk bulat ini dikeliling oleh selaput zona pelusida dan zona radiata. Korona radiata zona pelusida Sitoplasma nukleus Ovum manusia |
yolk | yolka; kuning telur | Pertanian | Tiada | Tiada |