zakat mal mustafad | zakat hasil perkhidmatan | Perniagaan Islam | Tiada | Penaksiran zakat terhadap aktiviti perkhidmatan oleh individu atau syarikat. Jumhur ulama menetapkan bahawa zakat hasil perkhidmatan adalah wajib. Bagi individu, penaksiran dibuat berdasarkan nilai hasil yang diterima, sedangkan bagi syarikat, penaksiran dibuat berdasarkan zakat perniagaan. Sekiranya perkhidmatan guaman, kedoktoran atau perundingan ditawarkan melalui perniagaan berdaftar, maka sumber zakat dalam kes ini diperoleh daripada zakat gaji dan zakat perniagaan. |
qa‘idah zakat ‘urfiyyah | kaedah zakat modal berkembang | Perniagaan Islam | Tiada | Penaksiran zakat terhadap sesebuah perniagaan berdasarkan nilai modal dan perkembangannya sehingga cukup haul. Bagi syarikat, kaedah ini meliputi dana pemilik saham, sumber dana daripada pihak luar dalam bentuk liabiliti jangka panjang dan ditolak perbelanjaan modal serta pelaburan bukan semasa. Penaksiran zakat diikuti dengan pelarasan yang melibatkan sumber yang tidak menepati hukum syarak, aset yang tidak berkembang, aset kebajikan, aset yang telah dizakatkan dan aset yang tidak sempurna milik. Nilai zakat melalui kaedah ini adalah sama dengan nilai zakat kaedah modal kerja terlaras. |
qa‘idah zakat syar‘iyyah | kaedah zakat modal kerja terlaras | Perniagaan Islam | Tiada | Penaksiran zakat terhadap sesebuah perniagaan yang telah cukup haul, berdasarkan aset semasa bersih atau modal kerja. Bagi syarikat, qa‘idah zakat syar‘iyyah mengambil kira aset semasa dan ditolak liabiliti semasa. Penaksiran zakat akan diikuti pelarasan melibatkan sumber yang tidak menepati hukum syarak, aset yang tidak berkembang, aset kebajikan, aset yang telah dizakatkan dan aset yang tidak sempurna milik. Nilai zakat melalui kaedah ini adalah sama dengan nilai zakat kaedah modal berkembang. |
nisab zakat tijarah | nisab zakat perniagaan | Perniagaan Islam | Tiada | Kadar penilaian harta semasa bersih terlaras yang bersamaan dengan nilai 85 gm emas. Sekiranya nilai harta tersebut bersamaan atau melebihi nisab emas, maka harta itu dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus. Dalam perkongsian perniagaan, zakat ditaksir terhadap keseluruhan perniagaan dan pembayaran dikira mengikut nisbah modal masing-masing. |
nisab | nisab | Perniagaan Islam | Tiada | Had ukuran, timbangan atau bilangan bagi jenis harta tertentu yang diwajibkan zakat apabila menyamai atau melebihi had nilai atau ukuran. Nisab berbeza mengikut jenis harta yang tertakluk kepada zakat seperti zakat perniagaan, ternakan, pertanian, galian atau emas dan perak. |
haul | tempoh | Perniagaan Islam | Tiada | Jangka waktu 12 bulan Hijrah yang dijadikan asas atau tempoh kematangan sesuatu peraturan atau tarikh persetujuan. Contohnya, dalam zakat perniagaan dan zakat ternakan, taksiran dilakukan setelah memenuhi syarat haul dan nisab. Manakala zakat pertanian hanya tertakluk kepada nisab sahaja. Untuk zakat hasil perkhidmatan, mazhab Syafii yang menetapkan nisab dan haul. |
زكاة الركاز | zakat rikaz | Agama Islam | Fiqh | Zakat harta terpendam peninggalan orang zaman sebelum Islam. |
زكاة الفطرة | zakat fitrah | Agama Islam | Fiqh | Zakat yang dikenakan ke atas individu pada bulan Ramadan. |
زكاة المال | zakat harta | Agama Islam | Fiqh | Zakat yang diwajibkan ke atas harta. |
صدقة الفطر | zakat fitrah | Agama Islam | Fiqh | Zakat badan yang diwajibkan ke atas setiap individu yang ditunaikan pada bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang hari raya. |