Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam: raja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah; menzalimi, menzalimkan ark berbuat sewenang-wenang (kpd), menganiaya, menindas:suaminya benar-benar ~nya; terzalim dizalimi: umat Islam yg teraniayadan ~; kezaliman perihal (keadaan) zalim, perbuatanyg tidak adil, kebengisan: kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidakmanusia sendiri mengadakannya; penzaliman perbuatan menzalimi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak mempunyai belas kasihan; tidak berlaku adil; kejam: Rakyat sangat benci kpd raja yg ~. menzalimi berlaku zalim terhadap: Berdosa besar jika kamu ~ anak-anak yatim. kezaliman hal atau sifat zalim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zalim (adjektif)
Bersinonim dengan tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati;,
Kata Terbitan : menzalimi, kezaliman,

Peribahasa

Anak harimau diajar makan daging.

Bermaksud :

Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autocracyautokrasiPendidikanTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
autocracyautokrasiSosiologiTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
autocracyautokrasiSejarahTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
autocracyautokrasiSains PolitikTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
autocracyautokrasiUndang-undangTiadaPemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad.
arbitrary detentionpenahanan sewenang-wenangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan pihak berkuasa mengurung seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penahanan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
arbitrary arrestpenangkapan sewenang-wenangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan pihak berkuasa memegang dan tidak melepaskan seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penangkapan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
  political leadershipkepimpinan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Gaya kepimpinan seseorang ketua dalam bidang politik. Ia boleh berupa Ketua Kerajaan, Presiden Parti, NGO ataupun pihak pembangkang dan kedudukannya adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi orang ramai. Faktor-faktor latar belakang, ideologi, pemikiran, pengalaman, pendidikan dan karisma sangat penting dalam membentuk gaya kepimpinan politik. Sifat kepimpinan politik boleh menjadi autoritarian, demokratik, murah hati, zalim, mahupun bertolak ansur. Ia akan mempengaruhi hubungan kerajaannya dengan negara lain, kesepaduan dalam kerajaan, parti politik dan sebagainya.

anthropomorphismantropomofismeKesusasteraanTiadaPemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti
exemplumcerita moralKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale ole

Kembali ke atas