Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zaman;

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Bermaksud :

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mythical agezaman mitosKesusasteraanTiadaZaman-zaman lampau yang melahirkan cerita-cerita mitos yang berkaitan dengan kepercayaan nenek moyang mereka.
earlier Palaeozoic PeriodZaman Palaeoz awalanSejarahTiadaZaman geologi di antara 590 hingga 240 juta tahun dahulu dan meliputi zaman-zaman kecil lain iaitu Kambria, Ordivisia, Siluria, Karbon dan zaman Permia.
renaissancenahdahKesusasteraanTiadaZaman yang muncul selepas zaman pertengahan dalam sejarah Eropah apabila minat terhadap seni dan sastera klasik Yunani dan Latin dibangkitkan semula. Zaman Nahdah dipercayai bermula di Itali pada penghujung kurun ke-14 dan berterusan sehingga kurun ke-16. Pada zaman ini, seni catan, seni bina, arca dan kesusasteraan mencapai tahap kegemilangannya. Zaman ini juga merupakan zaman kecemerlangan kegiatan intelektual, kreativiti serta kemajuan pengetahuan. Antara penulis terkenal pada zaman ini ialah Dante, Petrarch, Machiavelli, Lope de Vega dan Shakespeare. Renaissance dikenali juga sebagai �Zaman Pencerahan�.
sacred timezaman suciKesusasteraanTiadaZaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian.
ancientpurbaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSesuatu yang bersifat lama yang berkaitan dengan zaman silam, iaitu dari zaman prasejarah hingga ke zaman kejatuhan Empayar Rom pada 476SM.. Mengikut Akta Bendapurba 1976, purba bermaksud peninggalan yang berusia 100 tahun ke atas. Contohnya, Kota Kuala Kedah, Kedah. Sinonim kuno.
Bhakti poetrypuisi BhaktiKesusasteraanTiadaPuisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada o
period playlakon zamanKesenianDrama dan TeaterDrama yang latar waktunya merupakan suatu zaman terdahulu dari zaman karya itu ditulis. Lihat jugalakon kronikal.
bronze agezaman gangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiZaman yang merujuk kepada penggunaan bahan gangsa sebagai campuran utama untuk menghasilkan artifak. Zaman ini merupakan salah satu daripada Zaman Logam yang terdapat di Malaysia dan Asia Tenggara yang dianggarkan bermula sekitar 1000 SM dan berakhir sekitar 1000 M. Pada masa tersebut, pelayaran semakin berkembang sehingga taburan gangsa dapat dikesan di seluruh Asia Tenggara. Teknologi acuan juga telah mula dikenali pada zaman ini. Antara artifak yang terkenal ialah gendang Dong Son dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk (Terengganu) dan Muar (Johor).
ancientpurba; kunoSejarahTiadaSesuatu yang bersifat lama, kuno dan berhubung dengan zaman silam, dari zaman awal sejarah tamadun manusia hingga ke zaman kejatuhan empayar Rom pada 476 SM.
Medieval ciryBandar raya MedievalLandskapTiadaBandar raya di Eropah yang wujud pada Zaman Pertengahan iaitu zaman antara kejatuhan Empayar Rom dan Zaman Renaissance.
12345678910...

Kembali ke atas