Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.pin] | زاڤين

Definisi : Ar sj lagu dan tarian yg berasal dr Tanah Arab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.pin] | زاڤين

Definisi : nama sj lagu dan tarian yg berasal dr tanah Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zapin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zapinzapinMuzikTiada

Muzik dan tarian rakyat yang diperkenalkan di Malaysia oleh orang Arab dari Hadramaut yang menetap di Johor sebelum abad ke-14. Terdapat dua jenis zapin di Johor, iaitu (i) Tarian dan muzik zapin Arab yang rancak dan bertenaga dipersembahkan oleh masyarakat keturunan Arab Johor. Lagu zapin berbentuk nyanyian pantun dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Zapin Arab diiringi alat muzik seperti oud atau gam

maruas (Mal)maruasKesenianTiadaGendang dua muka biasa digunakan dalam muzik zapin.
irama Malaysiairama MalaysiaMuzikTiada

 Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu Hijau oleh Zainal Abidin, Cindai oleh Siti Nurhaliza, dan Dikir Puteri oleh Noraniza Idris. Lihat juga muzik popular, world music.

dokdokMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dok ialah dram yang mempunyai baluh berbentuk kon. Alat ini mempunyai satu permukaan kulit yang dipukul dengan tangan dan dimainkan dalam ensembel zapin tra­disional.

accenttekananMuzikTiada

[ > ] Penegasan pada not atau not tertentu yang boleh mengha­silkan corak irama yang biasa dan tersusun atau corak irama yang luar biasa dan tidak tersusun. Salah satu daripada peranan tekanan adalah untuk menentukan irama tarian seperti zapin dan tango.

oudoudMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang dipetik. Alat muzik ini berasal dari Timur Tengah. Oud terdiri daripada badan yang berbentuk bujur dan berleher pendek tanpa fret. Lima utas tali yang berpasangan dan satu utas tali lagi dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut. Alat muzik ini dimainkan dengan meletakkannya secara melintang di atas riba dan tali dipetik dengan jari. Oud menghasilkan melodi dalam muzik tradisional Malaysia yang berentak zapin dan asli. Dalam kalangan masyarakat Melayu, o


Kembali ke atas