Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zat] | ذات

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan wujudnya sesuatu benda; 2. bahagian drpd sesuatu benda, pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan dll); ~ Allah wujudnya Allah yg berdiri dgn sendirinya; ~ hijau klorofil; ~ makanan vitamin; berzat mengandungi zat: makanan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zat] | ذات

Definisi : 1 hakikat; wujudnya: ~ Allah. 2 sesuatu yg mewujudkan sesuatu benda atau yg menjadi bahagian drpd sesuatu yg lain; unsur (dlm kimia). 3 pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan). ~ Allah wujudnya Allah, yg wujud dgn sendirinya. ~ hijau klorofil. ~ kapur kalsium. ~ larutan bahan yg larut dlm bahan lain. ~ makanan zat yg terdapat dlm makanan dan diperlukan oleh tubuh. berzat mempunyai atau ada zat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixturecampuranKimiaBiokimiaGabungan heterogen zat-zat yang tidak dapat dinyatakan oleh suatu formula kimia. Komponen-komponennya mungkin tersebar secara seragam ataupun tidak dan biasanya dapat dipisahkan secara mekanik. Campuran dapat wujud secara asli seperti udara, petroleum, susu, darah dan air laut, atau wujud secara buatan seperti simen, cat, kaca, minyak wangi dan sebagainya.
nutrient primarynutrien primerPertanianAgroteknologiZat pemakanan yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak seperti nitrogen, fosforus dan kalium. Zat-zat pemakanan sangat penting di dalam tumbesaran serta perkembangan tanaman. Unsur nitrogen penting dalam pembuatan pecahan tak organik seperti NO3-, NH4+ dan N2 kepada protein dan asid nukleik yang mempunyai berat molekul yang lebih berat. Kekurangan zat nitrogen pada bijirin akan mengurangkan bilangan anak benih yang keluar dari perdu, kekurangan bilangan bijirin pada tangkai dan daun kelihat kekuning-kuningan. Unsur fosforus pula penting dan berkait rapat dengan metabolisme fosfat dan adenosina trifosfat (ATP). Kekurangan unsur kalium akan menyebabkan pembentukan sistem pengakaran menjadi lemah dan daun kelihatan hijau tua. Kekurangan unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium pada tanaman boleh baiki melalui pemberian pembajaan seperti NPK Biru (15:15:15) atau NPK Blue Special (12:12:17:2).
radioactive contaminationkontaminasi radioaktifFarmasiTiadaPencemaran bahan atau kawasan dengan zat-zat radioaktif.
semipermeable membranceselaput semitelapFarmasiTiadaLapisan nipis yang mempunyai liang atau bukaan yang sangat kecil sehingga zat-zat tertentu sahaja yang dapat melaluinya. Biasanya, pelaluan zxat ini bergantung pada saiz zarahnya. Membran ini digunakan untuk dialysis.
allogenic successionsesaran alogenikBiologiEkologiSesaran yang berlaku akibat penggantian satu jeins komuniti dengan komuniti lain, yang disebabkan oleh daya dari luar dan bukannya oleh komuniti itu sendiri. Misalnya, zat-zat makanan dari luar ke dalam kolam yang mengubah sekitaran kolam yang berkenaan.
non-heme ironzat besi bukan hemMakanan dan PemakananPemakananZat besi dalam makanan yang tidak terikat kepada protein atau hadir dalam protein tanpa mengandungi kumpulan hem. Zat besi ini kurang diserap oleh tubuh berbanding zat besi hem. Zat besi bukan hem bersumberkan haiwan dan tumbuhan.
ideal solutionlaturan unggulKimiaTiadaLarutan yang terdapat daya tarikan yang sama di antara zat terlarut-zat terlarut, di antara pelarut-pelarut dan di antara zat pelarut-pelarut.
partition lawhukum sekatanKimiaTiadaHukum yang menyatakan bahawa apabila zat terlarut berada dalam keseimbangan di dalam dua pelarut tak larut campur, X dan Y, zat terlarut teragih di dalam pelarut mengikut hukum: kepekatan zat terlarut di dalam X = pemalar kepekatan zat terlarut di dalam Y Pemalar ini disebut pekali sekatan pada suhu tertentu. Lazimnya zat terlarut lebih larut di dalam pelarut X. hukum ini berguna dalam proses pengekstrakan pelarut. Batasan bagi hukum ini adalah bahawa zat terlarut mestilah dalam keadaan yang serupa di dalam kedua-dua pelarut, iaitu tidak bercerai, bersekutu atau bertindak balas di dalam mana-mana pelarut.
activationpengaktifanKimiaTiada2. Dalam enzimologi, penggalakan keaktifan enzim oleh bahan pengaktif. 3. Proses mengolah zat, molekul, atau atom dengan haba, sinaran, atau zat yang lain supaya zat, molekul, atau atom yang diolah mengalami perubahan kimia atau perubahan fizik dengan lebih cepat atau sempurna.
active principlezat aktifPerubatanTiadaZat yang terdapat di dalam campuran ubat yang menghasilkan kesan terapeutik yang utama. Misalnya, Atropine iaitu zat aktif di dalam ekstrak beladona.
12345678910...

Kembali ke atas