zikir | zikir | Muzik | Tiada | Ucapan lisan atau ungkapan untuk mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia. Zikir ialah amalan untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Zikir boleh disebut dengan suara yang kuat atau suara yang lembut. Zikir dalam bahasa Arab bermaksud menyebut, menutur dan perbuatan baik. |
zikir | zikir | Kesusasteraan | Puisi | Ucapan atau doa yang memuji-muji kebesaran Allah. Ucapan ini biasanya disampaikan dalam bentuk lagu seperti di majlis menyambut Maulud Nabi. |
zikir | zikir | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis puisi bagi memuji Allah. |
dervish | darwisy | Sejarah | Tiada | Ahli kumpulan sufi Islam yang mengamalkan zikir dan menari dalam kumpulan mengikut tarekat yang dipelajari. |
hadrah | hadrah | Muzik | Tiada | Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat. |
burdah | burdah | Kesenian | Drama dan Teater | Seni permainan rakyat berasaskan gendang yang dipalu dan disertai dengan nyanyian zikir burdah berbentuk pujian kepada keluarga untuk mendapat berkat dan kemuliaan majlis keramaian. |
psalm | mazmur | Kesusasteraan | Puisi | Kelompok puisi keagamaan yang dicipta dengan tujuan untuk memuji kebesaran Tuhan. Contohnya, "Titir dan Zikir" karya Kemala (Ahmad Kamal Abdullah) dan "Di Malam Gelita Joi" karya Suhaimi Haji Muhammad. |
chant | dikir | Kesenian | Drama dan Teater | Gabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Istilah dikir berasal daripada kata zikir yang bermaksud kata-kata pujian yang puitis. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain. Terdapat beberapa jenis dikir mengikut rentak dan lagu seperti dikir rebana, dikir barat, dikir maulud dan dikir berendoi. |
berzanji | berzanji | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berbentuk bebas sama ada dalam aspek rima akhir, jumlah perkataan dalam baris mahupun jumlah baris dalam sesuatu rangkap atau untai. Puisi yang tergolong dalam kategori berzanji ini merupakan sejenis zikir yang intinya mengandungi unsur-unsur keagamaan, adat istiadat dan puji-pujian kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh dapat dilihat daripada petikan di bawah. Kumulakan karangan ini, dengan nama Tuhan Ilahi Kumohon limpahan berkat atas segala nikmat yang telah diberi Kuucapkan pujian kepada Allah sebenar-benar puji Kuiringkan pujian dengan kesyukuran yang amat tinggi. |