calamine | kalamina | Kimia | Tiada | 1. Zink silikat trhidrat yang mengandungi 67.5% zink oksida. Kalamina ialah sumber logam zink. 2. Zink oksida yang mengandungi kuantiti ferik oksida yang kecil. Kuantiti zink oksida mestilah 98% dalam campuran tersebut. Kalamina larut di dalam asid mineral, tetapi tidak larut di dalam air. Kalamina digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan. |
zinc salt poisoning | keracunan garam zink | Kimia | Forensik | Keracunan akibat termakan atau tersedut garam zink terlarut, misalnya zink klorida dan zink sulfat. Gejala keracunan termasuk rasa pedih pada mulut dan kerongkong, muntah, cirit-birit, sakit abdomen dan dada, dan dalam kes teruk, kejutan dan koma. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L. |
zinc poisoning | keracunan zink | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan wasap zink oksida yang terbebas dalam pengimpalan dan pemotongan zink, dan peleburan aloi zink atau besi tergalvan. Wasap ini menyebabkan demam wasap logam dan merengsakan paru-paru. Keracunan kronik tidak berlaku. Gejala keracunan akut ialah sakit otot, kabur penglihatan, rasa payau dan demam seperti malaria. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah edema pulmonari dan kerosakan pada saluran pernafasan. Had pendedahan ialah 5 �g /L. |
zink stearate | zink stearat | Kimia | Forensik | Formula kimia, Zn(C18H35O2)2. Serbuk putih, tak larut dalam air, etanol dan eter, larut dalam benzena dan menyerap minyak dan bau dengan mudah. Zink stearat digunakan sebagai serbuk untuk mengurangkan kerengsaan kulit, sebagai astringen, dan sebagai antiseptik setempat sederhana kuat. Zink stearat juga digunakan dalam industri getah, yang had pendedahannya ialah 10 mg/m3. Kesan sampingan oleh penyedutan akan merengsa paru-paru, yang menyebabkan pneumonitis kimia progresif. |
zinc finger protein | protein jejari zink | Biologi | Genetik | Protein yang mempunyai motif asid amino yang berulang dan dicirikan oleh kandungan sistina dan histidina yang membentuk tapak pengikatan zink. jejari zink, protein jejari. |
zinc chloride poisoning | keracunan zink klorida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan wasap zink klorida, iaitu garam zink terlarut yang terdapat dalam deodoran dan bahan disinfektan dan pengawetan mayat. Wasapnya merengsakan paru-paru. Keracunan kronik tidak berlaku. Tanda utama keracunan akut ialah sakit otot dan demam. Penyedutan wasap menyebabkan edema pulmonari dengan sianosis dan dispnea. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah edema pulmonari dan kerosakan pada saluran pernafasan. Had pendedahan ialah 1 �g /L. |
calamine | kalamin | Kimia | Tiada | 2.Zink silikat terhidrat yang mengandung 67.5% zink oksida,3. Zink oksida yang mengandung kuantiti ferik oksida yang kecil. |
zinc | zink | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan IIB (atau 12) jadual berkala, simbol Zn, nombor atom 30, berat atom 65.39, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 419°C, takat didih 907°C, berbentuk pepejal putih berkilauan, tertempakan, sangat elektropositif, larut di dalam asid dan alkali tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat lima isotop yang stabil. sumber semula jadi zink ialah bijih zink spar, zink blend dan zinsit. Zink diekstrak daripada bijihnya secara penyulingan. Unsur ini digunakan untuk membuat aloi dan elektrod sel kering. |
desilverization | pendeargentuman | Kimia | Tiada | Penyingkiran argentum daripada plumbum dengana mencampurkan zink kepada plumbum lebur. Zink tersebut akan bergabung dengan argentum yang terdapat pada plumbum lebur untuk membentuk sebatian yang tidak larut di dalam leburan plumbum, dan dengan itu sebatian ini mudah diasingkan. |
redox reaction | tindak balas redoks | Kimia | Tiada | Tindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam tindak balas kimia. Misalnya, tindak balas kuprum(II) oksida dengan zink menghasilkan logam kuprum dan zink(II) oksida. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan menjadi logam kuprum manakala logam zink dioksidakan menjadi zink(II) oksida. Tindak balas ini melibatkan pemindahan elektron dari zink (iaitu tindak balas pengoksidaan) kepada ion kuprum(II) (iaitu tindak balas penurunan). |