tumpung Bj, Kd | bekas yang diperbuat daripada ruas buluh untuk menyimpan tuak atau nira kelapa. | Selesai sahaja menumbuk padi tersebut dia (isteri) pun pergi ke sungai untuk mandi. Ketika itu dia belum memasak makanan lagi. Apabila mendapati dia belum balik-balik lagi, suaminya pun turun ke sungai untuk mencarinya. Suaminya menjumpai tumpung tersandar di tepi sungai. | Anak Sepapas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpik Bj Sm, Tb | sejenis kapal. | Ya. Bukankah kakak lari dari kapal tumpik yang membawa kakak belayar dari Johor untuk dikahwinkan dengan Sultan Sulu? tanya Karini. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumbon Bj, Sl | baju yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Tabawan. | Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tujjah Bj, Sl | bahagian depan lepa yang berbentuk menajam. | Lepa dibentuk melalui beberapa bahagian dengan bahagian depan berbentuk menajam dipanggil ‘tujjah’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompe Bj Sm | lempeng serbuk ubi kayu parut. | “Ubi masih banyak lagi?” Aku bertanya sambil mencubit tompe. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarirai Bj, Sl | sejenis tarian utk menyambut tetamu, untuk meraikan perkahwinan. | Dia mesti tidak mahu ketinggalan untuk mempersembahkan tarian “bolak-bolak”, tarian rentak “tarirai” dan lain-lain tarian tradisi Bajau yang agak eksklusif. | Kakak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tapi Bj, Sl | dinding lepa. | Lepa biasanya berukuran 5 meter panjang dan 1.5 meter lebar dan membentuk struktur sebuah rumah yang mempunyai dinding dipanggil ‘tapi’ dan beratap daun nipah dikenali ‘kajjang’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tapak Bj Sm, Ir, Tb | pinggan kecil. | Matanya terus menekup ke arah cangkir kopi yang belum terusik itu. Tangannya segera menjangkau tapak yang berisi ubi rebus ditabur kelapa parut itu. | Sup Ekor | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambur Bj, Sl | sejenis gendang besar. | Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambul Bj, Sl | sejenis gendang besar. | Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |