kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
limposu Kd, Mr | mempaung; Baccaurea lanceolata. | Safie menyambut dan memperhati buah limposu yang telah dikopek itu, isinya menyerlah tidak ubah seperti buah manggis. | Siud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |