Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kenyalang


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sandong, *sandung* Ibtiang untuk mendirikan patung kenyalang (semasa upacara Gawai Kenyalang).Kedua kali Begawai Burung, tiang yang didirikan atau tiang sandong ialah daripada buluh betung ataupun batang pinang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai kenyalang Ibsejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati.Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketupong, *ketupung* Ibsejenis burung seperti burung puyuh tetapi lebih kecil, yang membawa alamat; Sasio abnoramisCuma burung tiung, ketupong, gagak rimba dan kenyalang melintas cepat di puncak meranti.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkoh gansai, *sangkuh gansai* Ibsejenis tombak.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bantak Ib, MSrsejenis ikan air tawar yang bergarisan lintang (warna merah kehitaman) di tengah badannya. Boleh dibuat lauk.Pak Ngah mengangkat pukat. Dipungutnya ikan bantak dan seekor ikan buin yang melekat.Hati -15 Cerpen dari Bumi KenyalangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keladi lantang Ibsimpulan bahasa Iban yang bermaksud menjadi tumpuan perhatian khususnya seseorang.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giak II Ib, Kh, MSrkayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu).Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga.Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkoh agong, *sangkuh agung* Ibsejenis tombak, matanya lebar dan digunakan untuk ngayau dan membunuh binatang.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai ranyai Ibsuatu upacara untuk menawarkan sumpah.SERAPOH tinggal di Batang Kapuas. Dia mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Agama mereka pada ketika itu mungkin agama Hindu. Ini adalah kerana apabila mengadakan Gawai Ranyai, tiang yang mereka gunakan untuk mendirikan patung kenyalang disebut candi, sama dengan nama candi yang terdapat di kuil Hindu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas