Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.su/] | توسوق

Definisi : barang yg runcing lagi tajam utk mencucuk (penyemat, jarum, dll), cucuk, pencucuk; ~ kundai cucuk (penyemat) sanggul; menusuk 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba ditusuknya dgn pisau yg putih matanya; 3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut: menusuk-nusuk orang; 4. ki masuk ke dlm, meresap: kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat; ~ hati ki menyakiti (menyakitkan) hati; menusukkan 1. mencucuk sesuatu pd, me-nembuskan (dgn barang yg tajam); 2. mena-namkan sesuatu (yg tajam) pd, menikamkan: secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah; tertusuk tertikam, tercucuk: besi tajam yg terpasang itu ~ pd perut kerbau itu; ~ hati berasa tersinggung atau sakit hati; tusukan 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenar-nya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.su/] | توسوق

Definisi : benda yg runcing dan tajam utk mencucuk; pencucuk: ~ kondai penyemat sanggul. menusuk 1 men­cucuk dgn benda yg tajam; mencucuk hingga tembus. 2 melukakan dgn senjata tajam; menikam: Ia ~ perut lawannya dgn keris saktinya. 3 masuk atau meresap ke dlm: Bisa itu ~ hingga ke tulang sumsum. ~ hati menyakiti hati. menusuk-nusuk menyebabkan orang marah atau panas hati; menghasut: ~ orang supaya bergaduh. menusukkan 1 mencucukkan sesuatu yg tajam pd; menembuskan dgn benda tajam. 2 membenamkan sesuatu yg tajam pd; menikamkan. tertusuk tercucuk atau tertikam oleh: Kakinya ~ duri. tusukan 1 hasil drpd menusuk; tikaman. 2 kata-kata dsb utk menusuk-nusuk; hasutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tusuk (kata nama)
Bersinonim dengan cucuk, pencucuk, pasak, baji, susuh, susuk, jarum, peniti, penyemak, pacak;,
Kata Terbitan : menusuk, menusukkan, tertusuk, tusukan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gawai tusok, *gawai tusuk* Ibsuatu upacara menusuk dan menjalin semua kepala yang dibawa balik semasa ngayau menjadi satu ikatan kepala sebelum digantung.Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas