Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bambarayon Kd, Tbsemangat padiSetelah menikmatinya, bambarayon akan memindahkan roh-roh mereka yang berpindah ke rumah baharu. Dan mereka pun akan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka, tau?”SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temasu MSbtembusu; Fagraea fragrans.“Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari,” kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa.Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas