Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
berambih, *berambeh* Ml, MSr, Sk | 1. bertandang ke rumah saudara mara untuk beberapa hari. 2. tinggal bersama-sama orang lain buat sementara. 3. makan bersama-sama di sesebuah rumah (keluarga, kawan, jiran). | Padil memang tidak pandai membawa diri.Kakaknya sendiri pun tidak sanggup menerimanya, membawa keluarganya untuk berambih walaupun semalam dua cuma. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seruk MSr | mengundang seseorang menghadiri kenduri dari rumah ke rumah (secara bersemuka), amalan ini lebih menunjukkan hubungan silaturahim yang kuat atara penduduk di sesebuah tempat. | Dan yang paling dia pasti, sama ada pengilan di rumah orang berkahwin, majlis tahlil, majlis doa selamat, niga atau nujuh orang mati, makan hol atau apa-apa sahaja, pendek cerita, seruk sahaja dia akan datang. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kembali ke atas