jelatung Ib, Ml, MSr | tempat mandi di sungai, yang dibina khas, supaya tidak ditenggelami air ketika air pasang naik. | Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kempat Ib | potongan. | Keling lalu pergi melalui lubang air yang deras, naik ke arah matahari yang membara seperti besi berserpihan ditempa tenchang. Dia menyisip pintu langit seperti kancing peti belulang dan naik ke lubang petir seperti kempat kanggan dagang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kanggan Ib | kain hitam yang digunakan sebagai sebahagian pakaian wanita. | Keling lalu pergi melalui lubang air yang deras, naik ke arah matahari yang membara seperti besi berserpihan ditempa tenchang. Dia menyisip pintu langit seperti kancing peti belulang dan naik ke lubang petir seperti kempat kanggan dagang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baung Bj Sm | bekas minuman yang diperbuat daripada tempurung kelapa. | Orang-orang Mumus itu naik ke rumah Datu Unduk sesudah membasuh kaki dan minum air sejuk yang diberikan di dalam baung. Mereka minum bergilir-gilir. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |