juruk MSr | di bahagian bawah rumah (bahagian dapur). | Kalaulah Pak Karim bangun dengan cepat, secepat dengan tindakannya menggoncang tubuh badan lakinyaitu, tentulah pencuri itu tertangkap atau paling tidak pun dia akan terjatuh lalu patah kaki atau patah tangan atau mungkin juga mukanya terjunam ke parit juruk di belakang rumah mereka. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gorinding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
peridi Ib | banyak anak, rapat beranak (berkenaan ayam dan manusia). | Aya Munggu Embawang pun turut mengambil bahagian. “Sama ada seseorang itu peridi atau tidak terserah pada kemampuan tubuh badannya. Kalau badan tidak begitu subur, orang itu akan mandul. Tiada cara untuk memberhentikan wanita melahirkan anak kecuali mereka berhenti tidur dengan lelaki. Satu lagi cara ialah mencari ubat supaya membolehkan perempuan itu tidak beranak.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |