beru Ib | perangai atau tingkah laku yang sangat tidak senonoh; buruk perangai. | Dalam hal itu memang bini Seman satu sen pun tidak guna, tetapi Pak Dollah tidak dapat mengatakan apa-apa. Bini Seman orang kesayangan Peot sendiri. Peot adalah bininya. Dalam banyak keadaan salah atau macam beru pun bini Seman, baik juga kata Peot. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
unggal Ib | kata sapaan bagi mereka yang setaraf (kawan, sahabat), biasanya untuk lelaki. | Mereka pun naik ke rumah semasa penghuni rumah panjang sedang sibuk mengadakan gawai. "Oh.... lalu unggal, nasib baik awak datang, bertuah aku bergawai ini, ramai pengunjung," kata Apai Sabit Bekait. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kendawang Ib | sejenis ular yang berbisa. Kepala dan ekornya berwarna merah, manakala badannya berbintik-bintik kekuningan. | Enteran Temiang memanjat ke atas lagi dan sampai pada pelepah yang kedua seekor ular kendawang keluar dari belitannya dan mematuk Enteran Temiang. Nasib baik patukan ular tidak mengenainya. Dia memotong leher ular kendawang dengan pedangnya. Kepala ular pun jatuh ke bawah. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |