Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(4)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
manang Ibpawang Iban.Masa berhuma, mereka mendapat banyak padi. Mereka juga mengamalkan kerja berdukun, menggunakan perkhidmatan manang dan lemambang dalam upacara perubatan dan pemujaan.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bengkeng MSrdegil.Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas