Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakhirnya


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
buis Sksegala bahan persediaan untuk sesuatu upacara jampi.Buis sudah dihidangkan dengan rapi dalam dua buah apar.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menyesah Ibmencuci pakaian.Ketika Jenal sampai, dia dapati emaknya dan Leha sudah hampir siap menyesah. Leha nampaknya masih belum mandi lagi.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bertenek, *tenek* Skupacara bertindik.Gawai-gawai besar seperti kahwin, bersunat, bertenek dan macam-macam lagi. Tuk Ngoncong perlu ditempah awal-awal.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyangahant Skmembaca mantera atau jampi kesyukuran di majlis gawai.“Ke mana kau? Mandi lagi. Orang hendak nyangahant sebentar lagi. Ahtieng sudah siap.”Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngintu Ib, MSrmemelihara atau menjaga atau mengasuh.“Nah, kauambil ini.” Simin menghulurkan coklat. “Kau mengintu!” tiba-tiba Jenal bersuara. “Tidak. Mereka yang beri!”Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
utik I Ky, MSrsejenis ikan duri.Menjaul di Lubuk Abai memang mengasyikkan. Baungnya gemuk sental. Utiknya berperut kuning. Kadang-kadang petian juga sempat menyambar.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
olo MSrjudi.Ini yang celaka, yang tidak betul dan tidak kena. Kalau orang mahu berjudi, main olo, suka hatilah. Wang mereka sendiri yang punya.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
cuat MSrtiang yang dibuat untuk menyokong pokok lada.Mujurlah ketika itu dirinya tidak berapa mabuk. Sekali henjut macam hendak menyandang cuat lada kembar empat.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
terloek MSrterkeluar sedikit makanan dari mulut.Di bawah pipi kanannya yang menyengat terjelepak longgokan putah yang terloek dari perut dan terpacul dari kerongkong dan mulut.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pupuk Ib, MSrberansur-ansur.“Dapat padi kali ini, aku bayarlah berpupuk-pupuk!” Kata-kata Lumai itu membuat Ah Chai terhenyak, kemudian ketawa seperti geli hati.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas