lumusung Mr | nyanyian beramai-ramai ketika memulai tarian lansaran. | Dia tersenyum. Nyanyian lumusung masih mendayu-dayu, yang pasti Balon akan berjaya mendapatkan kingkilat dengan enjutan lansaran dan nantinya gemuruh pembangunan akan kedengaran mengaum, mengisi setiap ruang kosong yang dulunya pernah ditinggalkan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
makai salau Ib | makan beramai-ramai bersama manang setelah selesai upacara perubatan pada larut malam. | Setelah Manang Entayang melangsungkan upacara belian, ayam pun disembelih. Orang perempuan di dapur terus memasak, dan setelah semuanya dimasak, mereka pun makan salau. Si pesakit pun meminta nasi dan apabila melihat yang pesakit itu dapat makan, anak sulungnya berteriak. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
garusai Ih | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis keramaian yang ditarikan di atas pentas yang di bahagian tengahnya diletakkan setalam abu. | Tarian Garusai ini sama keadaannya dengan tarian Runsai bagi kaum Tidung. Ianya ditarikan pada sebuah pentas atau dewan, di mana di tengah pentas atau dewan itu akan diletak setalam abu untuk menjadi bekas membuang ludah dan puntungan rokok. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
runsai Bj Sm, MSb | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis perkahwinan, sambut menteri. | Entah mengapa, seni kata kalang dua kerat yang dilafazkan oleh penari-penari runsai di bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa dirinya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
membujak Bj Sm, Tb | merejam lembing. | Dalam masa-masa yang tertentu, pengikut-pengikut Si Gunting berkumpul beramai-ramai, adakalanya mereka mengadakan latihan membujak dan menyumpit. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keromong Ib | sejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan. | Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan ‘keromong’, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
asrakal Bj Sm | berzanji untuk memuji Nabi Muhammad s.a.w. | Selepas bacaan kitab yang memuji Nabi Besar itu, orangorang yang tadinya duduk itu berdiri pula. Mereka berasrakal beramai-ramai. Majlis menjadi semakin meriah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |