mengalai Tb | upacara perubatan yang dilakukan oleh bomoh yang berlangsung selama 7 malam dengan diiringi oleh alat muzik kulintangan. | Pak Ungkal terus mengalai. Dia sini menglilingi Ansuri sebanyak tujuh kali. Di samping mengalai Pak Ungkal mengipas-ngipas tubuh Ansuri. Dia menghalau penyakit daripada tubuh wanita itu. | Hijrah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monogit Kd | upacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tutubit, *tutubik* Mr | sejenis alat yang digunakan oleh bobolian dalam upacara pengubatan tradisional. | Kelopak mata Charlene terkedip-kedip, memerhatikan upacara yang sedang berlangsung. Di tangan tentagas itu, tergenggam sebilah lembing, tutubit, giring-giring dan lain-lain untuk upacara itu. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angavuvung Mr | upacara amal sebagai tanda kesyukuran. | Tuaian yang baik dirayakan dengan mengadakan kenduri dan upacara amal sebagai tanda kesyukuran. Upacara ini (angavuvung) berlangsung selama dua hari dan ia dilakukan oleh seorang spesialis upacara amal wanita (yoru). | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jeraya MSr | jalan raya. | Cuma satu malam, mereka keluar ke jeraya lalu singgah di sebuah perhentian bas - selepas lebih kurang setahun persahabatan baiknya dengan Ahtieng berlangsung - Ahtieng merebahkan dirinya di pangkuannya; sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba dan di luar sangkaannya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |