Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.di.rian] | برسنديرين

Definisi : 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.di.rian] | برسنديرين

Definisi : berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
puyut Bjsapu tangan.Apabila bersendirian, Rohayu akan selalu mengeluarkan puyut yang tersembunyi di dalam almari pakaiannya. Puyut tenunan tangannya itu sudah tidak seindah dulu lagi. Malah sejak puyut itu dikembalikan kepadanya, sesuatu yang ada dalam dirinya turut mati.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tembadau, *tambadau* MSbseladangDia tinggal bersendirian di satu kawasan di pergunungan itu. Dia memburu rusa dan tembadau sebagai bahan makanannya. Pengikut-pengikutnya tinggal di beberapa tempat yang berasingan.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tunggal-menunggal MSrsepupu (dalam bilangan yang besar).Malah kalau ada cucunya yang hendak memakan sesuatu, terpaksa pula bersembunyi di balik pintu atau ke mana-mana sahaja asalkan dapat bersendirian. Hendak berkongsi adalah mustahil kerana bilangan mereka tunggal-menunggal terlalu ramai.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas