monggok, *munggu* Ib | kawasan yang sedikit tinggi di tanah rata. | Tercatuk di atas monggok tanah paya bakau, Anjang Husin mengesat-ngesat peluh yang mercik di dahinya. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
perantan MSr | suatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak. | Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
delundung Tb | kain yang digunakan untuk menutup kepala. | Bininya sudah duduk di bendul rumah. Mukanya dibasahi peluh. Muka bininya nampak kemerah-merahan. Tangannya merungkai delundung di kepalanya. Peluh yang membasahi dahinya, dilap dengan lengan baju. Bantilan tidak memandang bininya. Matanya memandang ke perdu rumpun buluh di belakang rumah. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |