Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalamnya

Puisi
 

Orang desa mengorek liang,
     Dalamnya itu tiada beranggar;
Besar pasak dari tiang,
     Besar sendal dari gelegar.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bedilang Ibsejenis dapur berbingkai empat segi, di dalamnya diisi tanah dan bara api yang digunakan untuk menyalai kepala musuh yang baru dibawa balik dari ngayau.Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pilamong Kd Lttajau kecil yang diisi ramuan ubat-ubatan.Pilamong - tajau kecil yang di dalamnya terdapat ramuan ubat-ubatan - akar-akar kayu, kapas, minyak kepalap dan jerangau.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
turongou Kdsejenis ikan sungai, kecil, banyak tulang (kap); Cyprinus carpio.“Saya sudah sediakan bekalan kamu hari ini, dua bungkus nasi. Di dalamnya ada ikan turongou.”Mimpi BurubutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
masap Bjkeadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya.Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nokikang Kdmatang.Bahan yang digunakan adalah bambu jenis poring atau buluh. Bambu yang dipilih untuk membuat alat ini mestilah bambu yang cukup matang atau nokikang. Bambu dikerat dan ruangan dalamnya dicelup dengan racun bubuk bambu.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
luit Ibdibuka dengan paksa, dituil.Ngumbang kemudian terus menggali kubur Berenai. Setelah digali, keranda yang mengandungi mayat Berenai itu diluitnya. Setelah keranda terbuka, dia mendapati mayat Berenai yang berada di dalamnya tidak busuk, dan seolah-olah seperti orang yang sedang nyenyak tidur.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
poring Kdbuluh betung; Dendrocalamus asper.Bahan yang digunakan adalah bambu jenis poring atau buluh. Bambu yang dipilih untuk membuat alat ini mestilah bambu yang cukup matang atau nokikang. Bambu dikerat dan ruangan dalamnya dicelup dengan racun bubuk bambu.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
chapan Ibnyiru yang dibuat daripada bemban atau buluh. Mempunyai dua bucu dan di hadapannya berbentuk melengkung.Baiklah, kata emaknya. Emaknya hanya dapat mendengar suara anaknya tetapi anaknya tidak kelihatan. Emaknya mengambil chapan dan meletakkan ikan di dalamnya. Kemudian emaknya pun memasak ikan itu. Setelah memasak mereka pun makan.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas