linapak Kd | belahan buluh berbentuk V di tengah-tengah Tongkungon dan berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tongkungon. | Seruas buluh yang telah kering dan siap untuk dijadikan Tongkungon haruslah dibelah (dilatarkan) dalam bentuk āVā di tengah-tengah Tokungon sebelum membuat atau menghasilkan dorongan dan tempat belahan itu dinamakan linapak. Linapak berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tokungon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bekepit, *kepit* Ib | kepercayaan Iban yang merujuk kepada kedudukan bilik tiga adik- beradik di mana bilik si bungsu tidak boleh terletak di tengah-tengah kerana dipercayai boleh mendatangkan malapetaka. | Susunan bilik mereka diatur dengan baik supaya tidak melanggar pantang rumah panjang yang disebut bekepit. Bilik kepunyaan Anong dan Aning agak besar dan terletak di tengah-tengah rumah panjang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngayau Ib | berperang. | Ruai yang terletak di tengah-tengah rumah panjang itu agak gelap dan dihiasi tengkorak musuh, tangkal dan alat pengayau. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tabasan Ky | tempat untuk menanam padi. | Orang-orang kampung tidak pernah tebang pokok-pokok besar walaupun di tengah-tengah tabasan padi. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kolid Kd | perisai. | Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
balang begeman Ib | kepala musuh (manusia) yang diperoleh semasa ngayau. | Awak ini pada masa dahulu orang tua, mengatakan diri hendak pindah ke tempat ini, Di tengah-tengah ruang langit rata membawa kumpulan balang begeman. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aling LB | pengetam padi yang diperbuat daripada buluh kering. | Semasa di tengah-tengah bekerja, jika kami terserempak lebah atau penyengat kami terus berhenti. Apabila orang-orang tua kami mengikat aling di jerami, kami mesti dalam keadaan duduk. Selepas itu barulah kami mulai semula. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngolitan Kd Rn | baju ditenun daripada kapas. | Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berusat Kd Rn | bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk bambarayon, diperbuat daripada bambu. | Berusat yang menjadi bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk `bambarayon' itu akan didirikan di tengah-tengah sawah atau ladang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lakai LB | hujung bulu ekor ayam jantan. | Pengiran anak Raca Sarip mengantuk lalu tertidur di situ. Dia tidur di tengah-tengah Tuked Remini dan Balang Lemudan. Tuked Remini mengambil segenggam abu lalu meletakkannya di hujung lakai Pengiran anak Raca Sarip itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |