Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibunuh

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kuda tua: diperkerjakan tak boleh,
     nak dibunuh sayang.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kukui Mr Tlupacara pemujaan terhadap semangat tengkorak musuh yang mati dibunuh.Upacara Kukui ialah upacara pemujaan terhadap semangat tengkorak orang-orang yang mati dibunuh. Selalunya tengkorak musuh yang telah ditawan ketika berlakunya peperangan di antara suku-suku.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maginasi Mr Psupacara pemujaan semangat tengkorak manusia yang mati dibunuh.Upacara maginasi ini diketuai oleh Tok Lair iaitu seorang tua yang disegani dan dihormati di perkampungan itu di mana ia akan menyelenggarakan upacara pemujaan terhadap semangat dan roh si mati itu sesuai dengan kehendak upacara tersebut supaya roh atau semangat tersebut tidak akan mengganggu penduduk-penduduk di situ.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mematai, *mamatai* Kd KBsejenis roh jahat.Mematai - Berasal dari mayat orang mati dibunuh atau terbunuh, selalu kembali kepada jasad orang yang masih hidup.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tanggui seraong, *tanggui seraung* Ibsejenis terendak yang berbingkai besar dan berpentol di tengahnya, biasanya dipakai oleh perempuan Iban.Ramai penghuni rumah itu sendiri mati dibunuh musuh. Salah seorang daripada mereka ialah anak dara kepada Maling. Serentak dengan kematiannya itu tanggui seraongnya terbang ke langit dan kemudian jatuh di kawasan Batang Paku di Saribas.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
minyak sakang Kn, MSrsejenis minyak yang dijampi dan digunakan untuk menjadikan seseorang sakit atau gila apabila terkena padanya.Umbai tidak kira, kalau lakinya yang memberi malu, lakinya itu akan dibunuh. Kalau tidak berjaya dengan parang atau senapang, dia akan cari minyak sakang. Akhirnya lakinya itu akan mati juga. Manusia yang tidak berguna hidup harus mati.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berkumbai buyu Ibupacara yang dilakukan oleh manang untuk memanggil hantu yang sering mengganggu bayi dan perempuan mengandung dengan tujuan untuk membunuhnya.Setelah lama begitu Rukuk bercadang untuk mengadakan suatu upacara yang dinamakan ‘berkumbai buyu’ semasa isterinya baru saja melahirkan anak mereka yang kedua belas. Upacara bebunuh buyu selesai dilangsungkan, tetapi hantu buyu tidak juga dapat dibunuh.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas