Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didirikan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pandong, *pandung* Ibbinaan khas yang didirikan di tengah ruai, semasa diadakan upacara gawai. Binaan ini dikelilingi lemambang semasa menyanyikan mantera.Langau bukan langau mendebungakan bunga Jawa, Mengapa pandong pak cik Apai Sabit Bekait condong, Dikelilingi rombongan Laja, kata mereka mengap.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pentik Ibpatung yang diperbuat daripada kayu yang dijampi kemudian didirikan di sisi rumah, ia dipercayai boleh menghalau kejahatan yang bakal menimpa.Buang saja pentik itu, kata mereka. Pentik itu pun dihumban ke dalam lubuk. "Kita ni nak ngayau ditanyanya pula," kata mereka lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tonyu Bdpelantar di luar rumah untuk menyimpan atau menjemur barang, kain, air dan sebagainya dan didirikan berasingan dengan rumah panjang.Beberapa ekor anak ayam yang sedang mengais di bawah tonyu bertempiaran lari.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sandong, *sandung* Ibtiang untuk mendirikan patung kenyalang (semasa upacara Gawai Kenyalang).Kedua kali Begawai Burung, tiang yang didirikan atau tiang sandong ialah daripada buluh betung ataupun batang pinang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyulap Ibmengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi).Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
munti Ibsejenis buluh, rebungnya boleh dimakan atau dibuat sayur.Mendirikan tiang kelingkang di tanju semasa tetamu yang dijemput tiba semuanya sudah. Tiang yang didirikan ialah daripada buluh jenis munti.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berusat Kd Rnbekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk bambarayon, diperbuat daripada bambu.Berusat yang menjadi bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk `bambarayon' itu akan didirikan di tengah-tengah sawah atau ladang.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jernang, *jeranang* Ibsejenis tumbuhan seperti halia yang digunakan untuk membuat warna. Ia ditumbuk kemudian kacau bersama air sebelum diperah bagi mendapatkan bancuhan berwarna.Apabila sampai di situ Kumang pun terus mendirikan sebuah pondok. Setelah siap pondok didirikan, Kumang pun mendaki sebuah bukit. Di atas bukit itu dia terjumpa tumbuh-tumbuhan tarum dan jernang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas