numpik Sk | Proses membuat kuih tradisi orang Selako. Numpik ialah sejenis kuih yang digoreng macam cucur (putih jika menggunakan gula pasir dan coklat jika menggunakan gula Melaka (gula apung) untuk dimakan, dijadikan ramuan jampi mantera dan hadiah kepada orang yang menjampi mantera majlis gawai. | Dilihatnya bapa masih terkedang di bawah dapur. Orang hendak numpik. Bapa perlu dialih ke tempat lain. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sokot Bd | sejenis ulat sebesar ibu jari berwarna kekuningan. Ia hidup dalam batang rumbia yang sudah reput. Ia enak digoreng dan mempunyai banyak khasiat terutamanya protin.(sokot disebut di kalangan masyarakat Bidayuh, manakala ulat mulung oleh orang Melayu tempatan dan si’et oleh masyarakat Melanau) | Krombi dan Sokot antara makanan eksotik di Pasar Minggu Satok. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penyaram Ib, LB, MSr | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng. | Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |