maturun Kd Kj | kain hitam yang dihiasi linangkit. | Maturun - iaitu kain jenis hitam yang dihiasi dengan linangkit, manakala di bahagian bawah kain itu dihiasi dengan karieng, iaitu sejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalandau Mr | topi daripada bambu dan dihiasi bulu burung, serta diselitkan bunga-bunga. | Kepala penarinya dihiasi dengan Lalandau - iaitu topi yang diperbuat daripada bambu dan dihiasi oleh bulu-bulu burung merak dan burung pakiak (ayam hutan) - ini diselit pula dengan bunga-bunga hutan yang juga beraneka warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bilak buai Bj Sp | cincin belah rotan. | Di bahagian tangan dan kaki penari-penari wanita, juga dihiasi dengan perhiasan-perhiasan tertentu iaitu di bahagian tangan dihiasi dengan gelang sulau yang diperbuat daripada kulit-kulit kerang atau siput-siput laut, cincin emas bentuk bilak buai dan di jari-jari pula dihiasi dengan selingkuku, iaitu sejenis sarung kuku yang diperbuat daripada logam jenis suasa. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
siujan Mr Td | baju daripada kain hitam yang dihiasi gipis. | Siujan - Baju yang dihiasi dengan butang yang mereka namakan gipis. Siujaan itu dibuat daripada kain warna hitam. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sabit Sl | kain ikat pinggang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi labuci, sebahagian pakaian penari lelaki. | Sabit – kain ikat pinggang daripada sutera kuning dihiasi dengan buci. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lavong Kn | sejenis topi daripada rotan, digunakan sebagai perhiasan kepala (dihiasi dengan bulu burung) dan biasanya dipakai untuk sesuatu upacara perayaan. | Kepalanya yang ditutupi dengan lavong yang dihiasi dengan bulu merak dan enggang kelihatan berjurai-jurai dengan cantik, cukup untuk menarik perhatian para hadirin. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
olos belangkit Bj Sm | kain baldu hitam yang dihiasi satu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna). | Olos Belangkit - sejenis kain hitam - sebaik-baiknya kain baldu yang dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
antuilas Bj Sp | kertas berkilat dan berwarna-warni. | Kepala penari-penari wanita akan dihiasi dengan korona, menyerupai mahkota yang diperbuat daripada kertas tebal yang ditutupi dengan kain kesumba, kemudian dihiasi pula dengan antuilas, iaitu kertas berkilat dan berwarna-warni. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
karieng Kd Kj | sejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga. | Maturun - iaitu kain jenis hitam yang dihiasi dengan linangkit, manakala di bahagian bawah kain itu dihiasi dengan karieng, iaitu sejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dapun MBr | sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna. | Perhiasan di bahagian dada ialah dapun, iaitu sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |