buis Sk | segala bahan persediaan untuk sesuatu upacara jampi. | Buis sudah dihidangkan dengan rapi dalam dua buah apar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duang tabak Bj Sm | sejenis talam berkaki. | Matanya bersinar-sinar, menyaksikan penyerahan tanda pertunangan yang mengandungi sepasang persalinan, sebentuk cincin, alat tapak sirih yang dihidangkan di atas duang tabak ataupun talam berkaki. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
burak LB | sejenis minuman keras yang diperbuat daripada beras; tuak. | Sudah tiga hari mereka berada di situ. Bermacam-macam makanan dan minuman seperti daging ayam, burak dan pengasih dihidangkan. | Novel Anak Sepapas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |