Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pembulian, *pambulian* Mrpembayaran balik bagi memenuhi sebahagian daripada hantaran belanja perkahwinan yang belum dipenuhi.Daripada pengalamannya itu, Eyat menjadi fasih berbahasa Melayu. Dia pernah berkahwin, tapi jodohnya tidak panjang. Isterinya diambil balik oleh keluarga mentuanya, kerana Eyat gagal menjelaskan pembulian ataupun "membayar balik" hantaran pemberian perkahwinannya.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kidum MSbsenyum.“Ya, memang dia menyintai gadis itu,” getus hati Omar. Kilau matanya, riak wajahnya pun kidum tawanya serta gelagat rianya dipenuhi oleh cinta yang terus membara terhadap dara itu.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lanjik Ibbekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi.Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas