Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
taju Ibsejenis umpan, dipercayai disediakan oleh harimau atau buaya jadian bertujuan untuk memerangkap manusia.Kematian yang seperti itu dipanggil kematian mengambil umpan taju harimau. Kerana itulah, kalau menjumpai sesuatu yang anggap pelik di dalam hutan, jangan diambil benda tersebut.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengalai Kypenari.Sewaktu mengadakan majlis Anding ini, kemenyan hendaklah disediakan untuk dibakar di samping mayang pinang muda yang masih belum mengurai. Mayang pinang muda ini digunakan oleh pengalai untuk memudahkan mereka memasuki acara ‘menurun’ iaitu kerasukan.Pemujaan semangat dewa dewiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tolinting Kdpokok paku menjalar.Cara Membuat Sompoton. Untuk membuat Sompoton bahan-bahan berikut perlu disediakan. 1. Kurobu - labu liar. 2. Sopinit/sopilut - gam lebah jinak. 3. Sumbiling - buluh renik (Schizostachyum lima). 4. Polod - kulit sejenis pokok palma liar. 5.Tolinting - Pokok paku menjalar.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kurobu Kdsejenis labu air.Setelah hujung paip ditebuk sodi ditekap ke atas lubang yang disediakan. Sopinit digunakan untuk menggam pinggir kelilingnya serta pada celah-celah bukaan kurobu.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
perantan MSrsuatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak.Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin.Adat Resam Penduduk SarawakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
guris MSbilmu hitam.Tapi anak murid Embok Ali yang bekerjasama dengan kompeni itu telah menghilangkan guris yang telah disediakan oleh Embok Ali itu dengan ilmu yang telah dipelajari dan senapang kompeni pun mula meletus, tetapi tidak mengenai sasaran, Mak Cik Sukinah bercerita menggantikan suaminya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sopilut Kdlilin lebah daripada sarang kelulut yang digunakan sebagai gam.Cara Membuat Sompoton. Untuk membuat Sompoton bahan-bahan berikut perlu disediakan. 1. Kurobu - labu liar. 2. Sopinit/sopilut - gam lebah jinak.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
papan turai Ibpapan kayu yang lembut sebagai tempat mencatat (dengan melukis) urutan peristiwa dalam nyanyian suci (pengap dll).Puisi ini berbentuk tetap dan untuk mengingatinya disediakan tempat mencatat yang disebut ‘papan turai’ yang ditanda dan dapat difahami oleh pencatatnya sendiri sahaja.Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas