rimbak Ib, MSr | hutan yang ditebang untuk dijadikan huma. | Kau tahu Rentap? Sudah bertahun-tahun kita hidup begini. Sudah puluhan ekar tanah kita rimbak, kini kau nak hapuskan adat kita. Kita tak pernah pun mati tak makan. Begitu lancang Kibong menyuarakan sanggahannya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengerebah Ib | sejenis perangkap (pokok) untuk memusnahkan musuh yang sedang melalui sungai. | Ketika sampai di Kuala Matok mereka menemui pengerebah iaitu kayu yang ditebang supaya menimpa perahu dan juga menghalang perjalanan perahu musuh. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utik II Mr Tl | kapak. | Selepas belukar ditebasi, petani itu bergerak ke satu peringkat yang dipanggil antahar. Dalam peringkat ini, beliau menebang semua pokok-pokok besar dengan menggunakan kapak (utik). Selepas ditebang pokok-pokok ini dibiarkan kering. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengap Ib | nyanyian suci, timang. | Ketua yang bernama Jenua mengetuai pengikutnya mendiami kawasan Sungai Pusa. Sampai hari ini juga penyair lemambang masih menyebut dalam pengap mereka, "Jenua yang mempelopori Pusa hutan ditebang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |