Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mu.ruh] | ݢموروه

Definisi : 1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;kegemuruhan keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mu.ruh] | ݢموروه

Definisi : kuat dan menderu-deru bunyinya (spt bunyi kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dsb): Ucapan menteri itu disambut dgn tepukan yg ~. bergemuruh berbunyi dgn kuat serta menderu-deru; berbunyi spt guruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuruh

Puisi
 

Kain kaca berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda ke negeri Keling;
Darah gemuruh rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nadai Ibtidak; bukan.Jimbai masih bertenang menunggu tindakannya. "Sial! Celaka! Lelaki nadai guna. Lebih baik kaumampus." Gemuruh geram dan benci menggoncang-goncang perasaannya bagai ombak pantai menyerang beting.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumusung Mrnyanyian beramai-ramai ketika memulai tarian lansaran.Dia tersenyum. Nyanyian lumusung masih mendayu-dayu, yang pasti Balon akan berjaya mendapatkan kingkilat dengan enjutan lansaran dan nantinya gemuruh pembangunan akan kedengaran mengaum, mengisi setiap ruang kosong yang dulunya pernah ditinggalkan.LansaranGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kongang Ib, MSrberkeupayaan, bertenaga.Kalau dikiranya berat badan perempuan yang tidak bermaya dan mukanya berlumuran putah memang tidak kongang dia hendak membawanya sejauh itu tapi semangat dan rasa kasihannya terhadap perempuan itu, ditambah pula oleh gemuruh amarah yang menggelora dalam dadanya, menambah kekuatan tenaganya.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas