Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.ting] | لانتيڠ

Definisi : Mn; melanting melempar, mem­baling, membuang (kayu, batu, dll) kpd sesuatu benda; ~ menuju tampuk, berkata menuju benar prb setiap usaha itu ada maksudnya; melantingkan melemparkan, membaling­kan: rokoknya dilantingkan ke pinggir jalan; terlanting 1. terbuang, terlantar; 2. ki sudah tidak berguna lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ting] | لانتيڠ

Definisi : lonjak, lompat; berlanting, melanting melonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik: malang ~ buluh pecah; melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga seseorang pergi, kelak kembali juga ke negeri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ting] | لانتيڠ

Definisi : Jw; melanting membimbit atau menjinjing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ting] | لانتيڠ

Definisi : ; melanting melempar tinggi-tinggi. melantingkan menyebabkan sesuatu dilempar tinggi-tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanting
Rujuk :lompat

Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lanting Ky, MSrpangkalan yang dibina daripada kayu balak, buluh, tong yang dilapik dengan papan. Ia lengkap dengan tandas dan atap.Engkau orang boleh ambil tanah ini tapi tidak rumah ini! Rumah ini rumah turun-temurun, warisan nenek datuk aku," jelas Wak Angai suatu hari apabila dia berdiri di tepi bangsal lantingnya itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas