Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.sung] | لسوڠ

Definisi : sj alat utk menumbuk (padi, lada, dll), lompang: yg pekak pembakar meriam, yg buta penghembus ~; ~ batu lesung yg diperbuat drpd batu (biasanya utk menumbuk sambal); ~ hindik (kaki) lesung yg diperbuat drpd kayu dan dipijak dgn kaki; ~ kisaran sj perkakas utk mengisar padi; ~ mata soket mata; ~ pengemping lesung tempat menumbuk emping; ~ pinang gobek; ~ pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak; ~ mencari alu (antan) prb perempuan men­cari lelaki; ke mana dialih, ~ berdedak juga prb pekerjaan yg selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerja­kan nescaya akan merugikan dan menyusah­kan juga; menumbuk di ~, bertanak di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; menumbuk di periuk, bertanak di ~ prb melakukan sesuatu yg menyalahi kebiasaan; sebuah ~ seekor ayam jantannya (gedangnya) prb bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.sung] | لسوڠ

Definisi : alat penumbuk padi (lada dll). ~ batu lesung yg dibuat drpd batu (utk menumbuk lada). ~ kaki (hindik) lesung yg dibuat drpd kayu dan dihindik dgn kaki. ~ kisaran sj alat utk mengisar padi. ~ pengemping lesung tempat menumbuk padi muda utk dijadikan emping. ~ pinang lesung tempat menumbuk pinang dan sirih supaya lumat. ~ pipit (pipi) lekuk kecil pd pipi; cawak pipi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lesung

Puisi
 

Rosak lesung kerana antan,
     Sebab menumbuk padi puteri;
Hilang buntat berganti intan,
     Baru jadi sinar negeri.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.

Bermaksud :

Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)

238

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
talun Kh, LBsejenis pokok yang kulitnya boleh dibuat pakaian, tali, dan topi.Apabila Acung Belu sudah pergi, Libau Buduk pun duduk berehat di atas lesung sambil menunggu. Tidak berapa lama kemudian, dia pun ternampak seorang yang berpakaian talun membawa tayen belalung.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas