Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.tér] | ليتير

Definisi : (létér) cakap yg berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang): ia pun menangislah, kerana mengenangkan untung­nya yg malang itu dgn berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu; berleter, meleter bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel: Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima nasihatnya selalu akan ~ panjang; meleteri berleter kpd seseorang (kerana tidak menyenangi kelakuannya dsb), me­ngomeli: sudah selalu benar Simin ~ kelakuan adiknya itu; leteran kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya; peleter (orang yg) suka berleter, pengomel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.tér] | ليتير

Definisi : (léter) IB, bp huruf; dileteri bp ditandai dgn huruf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.tér] | ليتير

Definisi : /létér/ tutur kata yg terus-menerus keluar dgn tidak keruan erti maksudnya. berleter, meleter bercakap berterus-terusan dgn tidak mempunyai tujuan: Emaknya asyik ~ saja di rumah. meleteri berleter atau meleter kpd seseorang: Ibu selalu ~ adik saya. leteran kata-kata yg keluar ketika berleter; percakapan yg tidak menentu; omelan. peleter orang yg suka berleter atau meleter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leter
Kata Terbitan : berleter, meleteri, leteran, peleter,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kerepak MSrleteran.Akhirnya dia berbaik-baik semula dengan emak sekadar tidak begitu mengendahkan kerepak dan leter umpat orang tua itu. Dia lebih mengikut perasaan dan fikiran sendiri kerana kalau hendak dikatakan menderhaka, emak lebih menderhaka kepadanya lebih daripada apa-apa.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas