Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ya.ni] | ملايني

Definisi : 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ya.ni] | ملايني

Definisi : melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layan
Kata Terbitan : melayani, layanan, pelayan,

Peribahasa

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lang Ib, MSrpintu.Ketika Pak Dollah sedang sibuk melayani beberapa orang cucunya yang masih bertelanjang dan tidak gemar berseluar, Ayu muncul di muka lang. Agak terperanjat Pak Dollah melihat keadaan Ayu. Dia sedang menangis. Perhatian Pak Dollah segera tertarik pada Ayu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empuruk MSrsejenis burung berwarna coklat, memakan biji lada; merbah.Burung madu dan empuruk kedengaran riuh melayani anak masing-masing di sarang yang berdekatan.Novel Senapang Bemban.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas