Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ruh] | مناروه

Definisi : 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletakkan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), meng­amanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?menaruh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ruh] | مناروه

Definisi : 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menem­pat­kan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membu­buh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taruh (kata nama)
1. Bersinonim dengan tagan: teban, tabanan,

2. Bersinonim dengan cagaran: sandaran, tanggungan, gadaian,

Kata Terbitan : bertaruh, menaruh, mempertaruhkan, taruhan,

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kurus kering seperti bayang;
     siapa pun tiada menaruh sayang.

Bermaksud :

Kurus sekali kerana sakit.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tekiding MSbbakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya.Selesai memasak, mereka makan, mereka makan dengan berlaukkan apa entahlah. Sesudah makan mereka berkemas barang-barang ke dalam "tekiding" (tempat mengisi barang yang diletakkan di atas belakangnya).Diari K. BaliGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berait, *barait* MSbbakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya.Kamu mahu ke mana? tanya Francis kepada seorang tua yang berjalan bersama-sama seorang wanita muda. Mereka masing-masing menggalas bongan dan berait.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
taleb LBsejenis alat menangkap ikan seperti bubu tetapi ia dipasang mengikut arus dan mempunyai umpan yang selalunya daripada daging, ubi dan sebagainya.Mereka pun mula membuat taleb dan memasangnya di dalam lubuk itu. Terdapat banyak ikan datang apabila mereka menaruh umpan ubi ke dalam taleb itu.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas