Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ga/.kan] | منݢقکن

Definisi : 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuhkan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau mempertahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pendapat, pendirian, kebenaran, dll), memper-tahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ga/.kan] | منݢقکن

Definisi : 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegak (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, tidak condong, tidak miring, tidak senget;,
Kata Terbitan : tegak-tegak, menegak, menegakkan, tertegak,

Peribahasa

Menegakkan sumpit tak berisi.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
raban Bj, Tbkayu pada tempat memasang tugu yang digunakan untuk menangkap udang.Mereka yang sedang menarik tugu dan menegakkan raban yang sedikit condong, bingkas berkejar datang.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas