[me.nyu.kai] | مڽوکاءي
Definisi : 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nyu.kai] | مڽوکاءي
Definisi : 1 suka akan; menggemari; meminati: Kanak-kanak sangat ~ filem kartun. 2 menaruh kasih kpd; suka kpd; menyayangi: Banyak gadis yg ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)