gawai burung Ib | upacara meraikan kejayaan membawa balik kepala musuh dalam ngayau iaitu selepas upacara enchabuh arung. | Sekembalinya mereka dari ngayau itu juga Sengalang Burong mengadakan upacara yang dipanggil Gawai Burung untuk menyambut tengkorak musuh. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bolak-bolak Bj | sejenis tarian untuk meraikan tetamu. | Dia mesti tidak mahu ketinggalan untuk mempersembahkan tarian “bolak-bolak”, tarian rentak “tarirai” dan lain-lain tarian tradisi Bajau yang agak eksklusif. | Kakak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarirai Bj, Sl | sejenis tarian utk menyambut tetamu, untuk meraikan perkahwinan. | Dia mesti tidak mahu ketinggalan untuk mempersembahkan tarian “bolak-bolak”, tarian rentak “tarirai” dan lain-lain tarian tradisi Bajau yang agak eksklusif. | Kakak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monogit Kd | upacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
memangkis, *mamangkis* Kd | jeritan semangat yang dilaungkan oleh orang lelaki semasa tarian sumazau atau meraikan kemenangan. | Suara orang memangkis juga semakin nyaring kedengaran. Tujuan mereka memangkis itu adalah untuk memberi semangat kepada tentagas. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kalimaran Mr | pesta kraf tangan kebudayaan suku kaum Murut. | Pesta Kalimaran, acara kebudayaan empat hari di Tenom, yang mana untuk meraikan dan menghormati orang Murut dan tradisis mereka, akan mengetengahkan tarian tradisional Murut, lagu-lagu, makanan, permainan dan kraf tangan. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengulungan, *pagulungan* Mr | makan beradap bagi pengantin. | Malam pertama di rumah keluarga Paring, mereka diraikan makan pengulungan. Ibu bapa Paring dan sanak saudaranya ramai yang datang meraikan kedua mempelai. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai antu Ib | upacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban. | Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulintangan MSb | sejenis alat muzik masyarakat Sabah yang terdiri daripada gong kecil. | Pukulan gong, kulintangan dan gendang semakin rancak. Rumah pengantin lelaki itu semakin sesak dibanjiri oleh tetamu yang meraikan majlis perkahwinan itu. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |