Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rum.put] | مرومڤوت

Definisi : 1. memotong rumput, menyabit rumput; 2. sedang makan rumput (lembu dll); 3. = merumputi menyiangi kerana mem­bersihkan tanah, membuang rumput; 4. = merumputi menaruh tanah yg berumput (tanah bata) di; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rum.put] | مرومڤوت

Definisi : 1 memotong rumput; menyabit rumput. 2 sedang memakan rumput (bkn lembu dll). 3 mencabut atau membuang rumput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumput (kata nama)
Bersinonim dengan lalang, sere, dukut, jukut;,
Kata Terbitan : merumput,

Puisi
 

Sarang bubut di dalam bunga,
     Dijolok mari sama pungkahnya;
Mati merumput mentimunku berbunga,
     Sudah dijolok orang empunya,


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gumamas Kdmerumput sebelum menanam padi.Bagaimanapun, kegiatan berteka-teki sama sekali tidak dibenarkan untuk dilakukan dalam tempoh membersihkan rumput di sawah (gumamas). Mereka percaya bahawa jika mereka berteka-teki maka kerja membuang rumput akan memakan masa yang lama dan dari itu ia dielakkan.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
angindikut Mrmerumput.Rumput yang tumbuh di petak padi dibersihkan apabila batang padi telah mencapai sesuatu ketinggian (12 inci). Kerja membuang rumput ini dilakukan dengan parang. Proses ini dipanggil angindikut.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pudung Bj, Kd, Tbparang pendek yang digunakan untuk merumput.Fikirannya melayang jauh. Kemudian, fikiran itu kembali kepada dirinya sendiri. Ada waktu-waktunya dia mengeluh. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di sana bininya masih terbongkok-bongkok di celah-celah batas. Satu-satu perdu rumput itu rebah terkena pudung bininya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
endai Ibkata seru yang menyatakan kekesalan.Endai wai, aku ini mahu merumput dengan kau wai,? kata perempuan itu.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas