ngelaban Ib | melawan, berjuang, menentang. | “Agik idup, agik ngelaban!” Rentap bertempik lagi dan bersama-sama tempikan itulah dia berazam untuk membunuh James Brooke dengan tangannya sendiri. Dia hendak ngayau kepala orang putih itu dengan ilangnya sendiri. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
numpik Sk | Proses membuat kuih tradisi orang Selako. Numpik ialah sejenis kuih yang digoreng macam cucur (putih jika menggunakan gula pasir dan coklat jika menggunakan gula Melaka (gula apung) untuk dimakan, dijadikan ramuan jampi mantera dan hadiah kepada orang yang menjampi mantera majlis gawai. | Dilihatnya bapa masih terkedang di bawah dapur. Orang hendak numpik. Bapa perlu dialih ke tempat lain. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |